Pembentukan sebuah rumah tangga yang aman dan bahagia terhasil dari kombinasi suami isteri yang faham dengan jelas akan peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Suami diwajibkan berusaha mencari nafkah untuk menampung kehidupan keluarga, melindungi serta mempertahankan keluarganya.
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, karena Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana lelaki telah berbelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka".

Namun demikian, kebelakangan ini seringkali dilaporkan bahawa ramai suami yang alpa dan lupa akan tanggung jawab mereka.
Mereka gagal untuk memimpin dan memelihara diri sendiri, apatah lagi untuk berfungsi sebagai peneraju utama dalam keluarga. Mereka gagal memahami firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu pelihara dirimu dan keluargamu dari siksa api neraka, yang mana bahan pembakarnya adalah terdiri dari manusia-manusia yang sombong dan ingkar kepada Allah iaitu mereka yang kufur, munafik, musyrikin dan juga daripada batu-batu berhala..."
Tanggung jawab yang dipikul oleh suami sangat luas skopnya. Sekadar menyenaraikan beberapa tanggung jawab asas sebagai pedoman dan kayu ukur untuk bermuhasabah dan menyoal diri sendiri "Adakah saya telah melaksanakan tanggung jawab ini dengan sempurna?".

0 comments:
Posting Komentar